http://nursyuhada-zukafle.blogspot.com/

Kau Pinjam Tapi Kau Tak Hargai. Macam Harem!!!

Nah aku buat entry ni khas untuk aku dan amnya untuk kau. Apa kaitan entry luah perasaan ni dengan kau, ye tak?? It is because perangai kau tu macam aku jugak. Dah pinjam tak reti nak hargai. Perangai tah macam apa tah. 

Dalam 24 jam (tak lebih tak kurang) kau sedut oksigen ni, cuba kau bilang berapa jam kau ingat dekat Allah? Ada tak sampai 1 jam? Sebab aku teramat pasti sesangat yang kau tak mampu nak sampai takat tu. Kau sembahyang pun tongang tonggek. Bajet nak tunjuk dekat roomate / family yang kau sembahyang. Ye la, kang kalau tak sembahyang kene ceramah free pulak. Bising ye tak, kau kan tak suka kene bersungut. Lagi-lagi kalau pergi hangout dengan pakwe / makwe. Rasa macam nak cepat-cepat habis sembahyang, sebab tak sabar nak berkepit dengan dia. Biasalah syaitan berleluasa. Lagi-lagi bila transparent ni, lagi lah kau tak rasa takut.

Bila time puasa pulak, lebih kurang 14 jam kau berlapar, berapa saat yang kau terfikir yang kau puasa ni atas niat Lillahi Taala? Kalau lelaki, tak puasa karang perempuan tengok tak macho pulak, tak ada siapa nak buat jadi laki nanti, payah pulak jadi bujang telajak. Kalau perempuan, kalau yang ABC tu ok lagi tak puasa, tapi berpadalah nak makan depan orang ramai kan. Tapi yang tak boleh blah, selama 1 bulan Ramadhan tu berlangsung, selama 1 bulan tu lah dia ABC. Padahal sebelum-sebelum ni ok je. Tang Ramadhan je penyakit ABC tu terlebih-lebih. 

Dalam sehari berapa potong ayat al-Quran yang kau baca, yang kau sentuh? Kalau setakat baca dalam solat. Tak payah la nak riak. Setakat surah an-Nas, al-Falq, an-Ikhlas dok ulang-ulang Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, dan Isya' baik tak payah nak ujub sangat. Macam la dalam al-quran tu termaktub surah tu je. Aku pelik sangat kenapa kalau bersms tu, kau boleh pulak guna ayat yang pelbagai. Esok ayat pujuk cara lain, lusa ayat pujuk cara lain. Kadang-kadang tu ada pulak yang sanggup pergi cc semata-mata nak search ayat pujuk-memujuk ni. Erm....

Sama-sama kita muhasabah diri. Hakikat yang harus kita ingat, Allah itu majikan kita, taat padanya, insya allah selamat dunia akhirat. Aku muhasabah diri sendiri dan mengajak kau turut serta. Semoga kita kekal bahagia bersama di akhirat sana. Amin.

* Semua di atas tiada mengena antara hidup dan mati. Kau kata aku poyo? Who cares? =P

No comments:

Post a Comment