http://nursyuhada-zukafle.blogspot.com/

I Love My Boyfriend More Than My Parents

Assalamualaikum...

16 April 2011. Superb duper day. I addicted like a cute princess have a date wift her prince charming. English aku bersepah macam sampah. Ah, sekarang bukan tu point aku. Disini hari ini, aku nak khabarkan pada semua yang aku beriang gembira. Yea, tidur semalam pun aku tak sempat mimpi. Happy punya pasal la tu. Story pasal apa? Pasal aku merayau Penang, macam tuan puteri. Berjalan tanpa arah tujuan. Tengok wayang macam usop the wheelchair nampak Hantu Kak Limah. Ah! cerita Sre4m mencabar anak tekak aku. Siot punya story. Tak pandai cover aku langsung. Penat aku control jadi princess. Popcorn berterabur, nasib baik tak terpelanting dekat orang belakang, kalau tak sia-sia je la hidup aku kena maki free-free. Ok, fullstop, clue kisah 'dating' aku sampai disini. 

Ok, berbalik ke tajuk entry yang agak menyentap jiwa rohani korang. Aku nak story pasal satu budak tak berapa nak budak. Mybe adik ni terlebih kasih sayang kot, sampai tak tahu nak bezakan antara kasih sayang original atau kasih sayang ciplak. Hey budak kecik, aku memang super jelous dengan kau sebab kau ada boyfriend, tapi tak bermakna aku akan jelous bila kau cakap kau sanggup mati sebab boyfriend kau tu. Macam haram lah kau ni. Penat-penat mak kau lahirkan kau, sesenang je kau pertaruhkan nyawa kau sebab jantan macam tu. Wtf otak kau ni? Apa dulu kau lupa ke mak kau pertaruhkan nyawa semata-mata nak tengok kau lahir. Fikir guna akal la adik oi. Mak hantar pergi sekolah bukan suruh kau belajar bercinta. Tapi belajar untuk jadi orang berguna. Kau kalau nak bercinta, aku sumpah tak kisah. Tapi yang aku mendidih bila kau macam haram pergi minum clorox tu kenapa? Why? Why? Why? Apa dekat rumah kau tak ada air sirap ke? Aish!!!

Lagi satu, umur muda lagi wahai adik manis. Belajar dulu sampai berjaya. Nanti nun dekat universiti kau jumpa orang yang lebih sweet and caring. Masa tu, kau boleh suruh dia masuk meminang. Ha, couple secara halal. Kan syok. Aku ni nak kata dah tua, tak lah tua sangat. Tapi tak ada lah kempunan sangat pun kalau orang lelaki tak pilih aku jadi awek dia. Asalkan mak bapak aku ada, kira orite la tu. Aku still boleh bergumbira. Kepala pun tak serabut nak pikir. 

Dah la adik oi, guna akal untuk berfikir mana betul, mana salah. Jangan terlalu bergantung pada lelaki macam tu. Kompem lelaki macam tu, just nak menghancurkan hidup kau sahaja. Just let go. Ingat satu perkara, tak ada siapa boleh sayang diri kita lebih daripada Allah sayang akan hamba-Nya. 

Catatan :
Ishh!! Aku lah kalau jadi adik tu, dari minum clorox, baik minum slurppy. Ah! Semalam, mesin slurppy dekat 7eleven rosak. Kempunannya....

2 comments:

  1. 16 april 2011 tarikh aku date dgn budak kecik~..hehehe

    ReplyDelete
  2. hahahah. pegi mana? bley ak buat serbuan.. bahah

    ReplyDelete